Wednesday, October 8, 2008

APLIKASI TELEKOMUNIKASI

a) Voice mail (surat suara)
· Teknologi yang membolehkan pengguna untuk meninggalkan, menerima, dan menyimpan mesej verbal kepada dan daripada orang ramai.

b) Electronic Software Distribution (Perisian agihan elektronik)
· Proses yang melibatkan pemasangan perisian di pelayan fail untuk pengguna berkongsi dengan memasuki rangkaian dan meminta perisian yang hendak didownload kedalam komputer peribadi menerusi rangkaian.

c) Electronic document distribution (Dokumen agihan elektronik)
· Proses yang melibatkan pengangkutan dokumen seperti laporan jualan, manual polisi, dan brochure pengiklanan menerusi line telekomunikasi dan rangkaian.

d) Telecommuting
· Satu penyusunan kerja yang mana pekerja yang bekerja jauh daripada pejabat dan menggunakan komputer peribadi dan rangkaian untuk berkomunikasi menerusi email dan lain-lain pekerja untuk menghantar dan menerima keputusan.

e) Videoconferencing
· Satu sistem telekomunikasi yang mengabungkan video dan panggilan telefon dengan persidangan data atau dokumen

f) Data electronic Interchange (Pertukaran data elektronik)
· Merupakan aplikasi kepada aplikasi data dalam format piawai bagi antara syarikat dengan syarikat lain dan membenarkan penerima melaksanakan fungsi pada satu transaksi perniagaan piawai.

g) Public Network Services (Perkhidmatan Rangkaian Awam)
· Sistem yang memberi pengguna komputer peribadi mencapai pangkalan data dan lain-lain perkhidmatan, biasanya untuk yuran tahunan dan yuran penggunaan

h) Distance Learning
· Menggunakan telekomunikasi untuk menambahkan bilik darjah.

i) Specialized system and services
· Sistem untuk tujuan khusus
· Contohnya syarikat pelaburan menggunakan Quotron dan Shark untuk mendapatkan maklumat dari minit ke minit berkenaan dengan harga saham, bond dan lain-lain alat pelaburan.

INPUT DAN OUTPUT

Input.

Input ialah data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk di proses di mana data akan ditukar ke bentuk isyarat digital supaya boleh difahami oleh komputer (bahasa mesin)[0-1].

Cara kemasukkan data:-
Pemasukkan secara transkriktif - data pada mulanya dimasukkan ke dalam dokumen seperti mengisi borang dan kemudian di masukkan ke dalam komputer oleh manusia. Contoh : papan kekunci (keyboard)
Pemasukkan secara data sumber - data dimasukkan menggunakan peranti input yang boleh membaca secara terus sumber data tersebut. Contoh, data dalam bentuk kod bar pada barangan akan dibaca menggunakan peranti input bar code reader.

Peranti Input - peranti yang digunakan untuk memasukkan data yang hendak diproses dimana input akan ditukar ke bentuk isyarat digital yang difahami oleh komputer.

Kategori Peranti Input :-
Peranti Input Papan Kekunci
Peranti Penunjuk - tetikus, joystick, trackball, skrin sentuh, pena cahaya
Peranti Pengesanan - bar code reader, scanner, peranti OMR, MICR inscriber
Mesin Pembaca Magnetic Stripe Card, Smart cards, dan Optikal Cards - kad kredit, ATM, kad pintar (kad telefon)
Peranti Pengesanan Input Suara - peranti ini dapat menerima percakapan melalui mikrofon dan menukar percakapan manusia ke kod digital untuk diproses oleh komputer.
Peranti Input Audio - merekod bunyi dalam bentuk analog dan menukar ke isyarat digital
Peranti Input Video - ia akan menukar isyarat analog dari VCR cakera video ke bentuk isyarat digital. Contoh, VCD dan CD.
Peranti Input Kamera - mengambil gambar dalam bentuk elektronik untuk tayangan terus kepada monitor
Peranti Input Pengesanan - peranti input akan mengesan data tertentu secara terus dari persekitaran dan menghantarnya ke komputer. Data yang dapat dikesan seperti kelajuan, berat, tekanan, suhu angin dan cahaya.


Output

Output ialah maklumat yang berguna yang akan dikeluarkan oleh komputer hasil dari pemprosesan data yang dikeluarkan dalam bentuk yang difahami oleh manusia, komputer atau peranti lain.

Bentuk output
Salinan Keras (Hard Copy) - iaitu output yang dihasilkan secara kekal dan boleh disimpan. Contoh : cetakan diatas kertas oleh pencetak.
Salinan Lembut (Soft Copy) - ialah output yang dihasilkan secara sementara iaitu ia tidak dapat dikeluarkan jika tiada bekalan elektrik. Contoh : Paparan pada monitor dan output suara.

Peranti output ialah perkakasan yang digunakan untuk mengeluarkan output di mana output dalam bentuk yang komputer fahami akan ditukar ke bentuk yang boleh difahami oleh manusia atau peranti lain. Contoh : monitor, pencetak, COM (computer outputmicroform), peranti output suara, peranti output muzik, pemplot.

Sistem Pengoperasian (Operating System)

Sistem Pengoperasian merupakan perisian sistem yang terpenting bagi setiap komputer. OS adalah satu atau lebih aturcara yang mengurus operasi CPU, mengawal input/output dan sumber storan dan aktiviti komputer serta pelbagai servis sokongan seperti pengurusan memori, ruang cakera dan lain-lain.

Tujuan utama OS ialah untuk memaksimakan produktiviti sistem komputer dengan pengoperasian yang efisyen. OS adalah komponen penting sebagai antaramuka sistem di antara pengguna dan perkakasan komputer.

Fungsi sistem pengoperasian
Melaksanakan fungsi-fungsi perkakasan komputer seperti menerima, menyimpan mendapat data dan memaparkan maklumat

Menyediakan Antaramuka pengguna (User interface)
· membenarkan pengguna mencapai dan mengarah system komputer
· terdapat 3 jenis antaramuka pengguna.
- Pacuan perintah (command-based user interface)
Memerlukan arahan dalam bentuk teks..
- Pacuan menu (Menu driven)
- Antaramuka unit grafik (graphical user interface - GUI)
Kombinasi ikon dan menu untuk menerima dan melaksanakan arahan.

Menyediakan Darjah Kebebasan Perkakasan
· OS menjadi perantara antara perisian aplikasi dan perkakasan.
· Bila perkakasan ditukar, perubahan minimum sahaja atau tanpa perubahan pada perisian aplikasi.

Pengurusan Memori
· Tujuan – Untuk mengawal bagaimana memori dicapai dan memaksimumkan memori yang adan dan storan.

Virtual memory (memori maya)
· Memori yang menggunakan ruang dalam cakera keras yang bertindak sebagaimana memori utama (RAM).
· Pemprosesan aturcara dapat diuruskan dengan lebih cekap.
· Bekerja dengan bahagian-bahagian program antara memori dengan peranti cakera. Konsep ini dinamakan sebagai paging.

Pemprosesan tugas
· Diselesaikan oleh ciri-ciri pengurusan tugas dalam OS
· Membenarkan multitasking, time sharing, dan scalability


Multitasking.
· Beberapa tugas (aturcara atau perisian) dapat dilaksanakan secara serentak.
· Contoh: pengunaan pemprosesan perkataan dan perisian pangkalan data pada masa yang sama.

Time-sharing
· Membenarkan lebih dari satu pengguna menggunakan sistem komputer pada masa yang sama.
· Contoh: Pengunaan terminal di kauter-kaunter bank oleh beberapa juruwang secara serentak.

Multiprocessing
· Penggunaan atau pemprosesan satu aturcara secara serentak oleh beberapa unit CPU.

Multithreading
· Memproses aktiviti pada asas yang sama dengan multitasking tetapi pada aplikasi tunggal.

Scalability
· Keupayaan komputer mengendalikan dan meningkatkan jumlah pengguna dengan licin
· Ciri kritikal untuk kerangka utama dan juga pelayan web yang mengendalikan ramai pengguna

Network capability
· Alatan digunakan untuk hubungkan dengan rangkaian

Capaian kepada sumber sistem
· Menyediakan keselamatan kepada pengguna yang tidak dibenarkan.

Pengurusan fail
· Memastikan fail-fail dalam storan sekunder tersedia bila diperlukan dan melindungi daripada pengguna yang tidak dibenarkan mencapainye.


OS yang popular
Terdapat beberapa jenis sistem pengoperasian dan pemilihannya bergantung kepada jenis pemproses dan jenama sesebuah komputer.
1. Pada masa sekarang terdapat empat jenis sistem pengoperasian yang popular:
Windows - Sistem pengoperasian berasaskan antaramuka grafik yang menjadikan ia lebih cepat dan mudah digunakan.
Bermula dengan Windows 95, Windows menampilkan ciri-ciri menarik seperti antaramuka grafik, penugasan berbilang, multimedia, rangkaian dan lain-lain kelibihan. Versi terkini ialah Windows 2000.
Windows NT – merupakan sistem pengoperasian yang berkuasa, dan membenarkan penugasan berbilang, dan ramai pengguna (multiuser) yang biasanya digunakan sebagai pelayan bagi rangkaian komputer.

UNIX dan LINUX – kedua-duanya adalah sistem pengoperasian platform independent yang canggih dan dipercayai.

Mac OS X – Sistem pengoperasian khusus bagi sistem komputer Macintosh yang menyediakan antaramuka grafik yang baru, dan kemudahan penugasan berbilang dan multimedia yang canggih.

Utility program
o Program yang digunakan untuk mengabungkan dan menyusun himpunan data-data, mengesan track kerja dalam komputer, mampat data dan fail sebelum disimpan atau dihantar menerusi rangkaian dan laksanakan tugas-tugas yang penting.

STORAN SEKUNDER

Storan sekunder merupakan peranti untuk menyimpan arahan dan data secara kekal (non-volatile). Di mana arahan dan data yang di simpan tidak akan terhapus apabila suis dimatikan tetapi storan sekunder dikatakan bersifat semipermanent kerana dengan memberi arahan tertentu, arahan dan data di dalamnya boleh dihapuskan. Contoh : Delete. Storan sekunder digunakan untuk menyimpan arahan dan data yang banyak bagi kegunaan akan datang. Oleh sebab itu, storan sekunder diperlukan walaupun komputer sudah mempunyai memori untuk menyimpan data dan arahan.

KEBAIKAN STORAN SEKUNDER
Menjimatkan ruang - data dari fail dan buku yang banyak boleh disimpan dalam ruang storan yang bersaiz kecil dan tidak memerlukan ruang seperti rak yang besar.
Kebolehpercayaan (reliable) -data yang disimpan selamat dari pengguna yang tidak mengetahui tentang komputer atau pengguna yang tidak bertanggungjawab mahupun pengguna yang tidak diberi hak penggunaan.
Mudah dicapai (convenience) - data dan arahan yang disimpan didalam storan boleh dicapai dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa.
Ekonomi - kos storan sekunder lebih jimat berbanding kos untuk membeli rak (kabinet). Storan sekunder lebih ekonomi jika dibandingkan dengan kebaikan iaitu boleh menyimpan dengan muatan yang banyak, keselamatan data yang di simpan dan kemudahan untuk mendapatkan kembali data yang disimpan.

JENIS-JENIS STORAN SEKUNDER
CONTOH
Cakera Magnetik
Hard disk, cakera liut

Pita Magnetik
Katrij, Kaset

Cakera Optikal
CD-ROM (Compact Disk Read Only Memory),
Worm

Internet

Internet adalah kumpulan atau jaringan dari jaringan komputer yang ada diseluruh dunia. Unit komputer peribadi, pertubuhan, syarikat dan lain-lain disambungkan secara langsung (on-line) dengan menggunakan modem dan perkhidmatan talian telefon .
Dengan adanya internet komputer anda boleh dihubungkan dengan komputer-komputer lain yang disambungkan dengan perkhidmatan internet . Oleh itu dunia ini telah didekatkan kepada anda tanpa mengira batasan masa, ruang, jarak dan undang-undang.

Aplikasi Internet

WWW (World Wide Web) Ia adalah aplikasi paling menarik dan paling utama. Ia dikenali sebagai Laman WEB atau Homepage. Homepage dibuka dengan menggunakan program yang dipanggil Browser.
Melalui Laman WEB anda dapat melihat pelbagai maklumat dalam bentuk data ataupun grafik. Anda boleh mengisi borang dan mengakses maklumat-maklumat tertentu seperti maklumat pilihan raya.
WWW telah berkembang secara eksponelsial. Penggunanya meningkat lebih 50 juta. WWW membolehkan penyebaran dan perkongsian maklumat multimedia dalam beberapa saat sahaja.

E-mail (Electronik Mail) Ia bagaikan perkhidmatan pos elektronik. Anda boleh menghantar surat anda kepada penerima dengan alamat-alamat tertentu diseluruh dunia dalam beberapa saat sahaja dan dengan bayaran yang paling murah sahaja.
Contoh alamat email : elcom98@hotmail.com

Chat Ia adalah suatu ruang dalam internet untuk memungkin kita berbicara secara langsung (on-line). Dalam istilah bahasa Melayu ruang "Sembang-sembang" . Program aplikasi ini disebut IRC iaitu Internet Relay Chat.

File Transfer Protocol (FTP) Ia adalah satu aplikasi di Internet untuk mengambil /muaturun (download) dan meletakkan (upload) suatu fail di FTP server. Dengan ini kita dapat bertukar fail dengan cepat.

Lain-lain Aplikasi Internet

Ping
Digunakan untuk memeriksa pengiriman sekumpulan data

News Group
Ruang untuk forum dan diskusi

Telnet
Digunakan untuk mengakses komputer dan melihat isi komputer lain

Gohper
Aplikasi untuk mencari maklumat di Internet yang berasaskan teks sahaja

Sejarah Komputer

Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komputer kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri.

2.0.1 Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah. Contoh : • ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.• ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.• EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann, Mauchly dan Eskert ( 1951 ) • IBM 700 ( 1953 ) • IBM 650 ( 1959 )
5. Kelemahan Komputer Generasi Pertama• Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak serta sukar untuk mengawal suhunya.• Tiub-tiub vakum mudah rosak dan pengguna yang menggunakan komputer tersebut tidak tahu sama ada terdapat kesilapan dalam pengaturcaraan komputer atau kerosakan pada komputer tersebut apabila komputer yang mereka gunakan "seragam".• Bahasa yang digunakan merupakan bahasa mesin (machine language), yang menggunakan rangkaian nombor-nombor yang merupakan arahan-arahan yang diikuti oleh komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas. Disebabkan proses penggunaan nombor untuk menulis atur cara komputer, ini menyukarkan proses pengaturcaraan komputer tersebut.• Ketidaktepatan pemprosesan data dan harganya tinggi.

2.0.2 Generasi Kedua (1959 - 1964)
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.
3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.
4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL. Contoh :a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain. b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000.9. Kelebihan transistor ialah saiznya yang kecil, penggunaan tenaga yang rendah dan kecekapan transistor yang lebih baik jika dibandingkan dengan tiub vakum.

2.0.3 Generasi Ketiga (1964 - 1970)
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal. Contoh : a. IBM 360 ( 1964 )b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 ) c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 90007. Kelebihan Cip IC ialah kos yang rendah dalam pembuatan cip IC tersebut, penggunaan teraga yang rendah, kepadatan cip IC tersebut (mengurangkan masa pengaliran elektrik dalam cip tersebut) dan kecekapan cip IC jika dibandingkan dengan transistor.

2.0.4 Generasi Keempat (1971 -1999)
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory ( CD ROM )).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.Contoh : a. IBM 370 ( 1970 )b. PDP-11 ( 1970 ) c. bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama ialah MITS ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Mozniak dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET. d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik oleh Dan Brickland. e. Super komputer yang popular ialah CRAY I.

2.0.5 Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini)
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan. Contoh : a. Pentium III b. Pentium III Xeon

PERATURAN AM MAKMAL KOMPUTER.

1. Jangan bawa masuk makanan dan minuman.
2. Tanggalkan kasut di luar makmal atau di tempat yang disediakan.
3. Daftarkan nama pengguna dalam buku log yang disediakan.
4. Kemasukan pelajar dibawah kawalan guru matapelajaran hendak berpandukan kepada jadual yang ditetapkan atau mengikut tempahan.
5. Guru Matapelajaran mesti mengawasi pelajar-pelajarnya semasa berada di makmal komputer.
6. Jangan “install” sebarang perisian aplikasi ke dalam komputer, kecuali atas arahan KPM/JPNK. Sila minta pandangan daripada Penyelaras IT.
7. Jangan sambung apa-apa peralatan tambahan kepada komputer melainkan dengan kebenaran daripada Pengetua/Penyelaras IT.
8. Jangan ubah-suai “setting” dalam komputer kecuali ada kebenaran daripada Penyelaras IT/ Pengurus Makmal.
9. Jangan bawa keluar sebarang peralatan atau perkakasan dari makmal komputer kecuali ada kebenaran daripada Pengetua.
10. Pengguna dinasihatkan supaya menyimpan data-data mereka di dalam cakera (disket/CD) sendiri.
11. Disket mesti diimbas (scan) terlebih dahulu dalam PC yang dikhaskan sebelum diguna-pakai.
12. Pastikan semua komputer kecuali KEA2181PC021 ditutup sebelum meninggalkan makmal.
13. Sila pastikan pintu makmal komputer sentiasa ditutup.
14. Jangan masuk Bilik Server dan Bilik Stor kecuali ada kebenaran daripada Pengetua/Penyelaras IT.
15. Jangan masuk Bilik Penyelaras/Pengurus Makmal kecuali ada urusan rasmi.
16. Sebarang masalah terutama berkaitan dengan komputer hendaklah dilaporkan segera kepada Pengurus Makmal/Pembantu Makmal.
17. Sila patuhi segala peraturan / perhatian yang diumumkan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan nama anda disenarai-hitam oleh pihak pentadbir sekolah.

PERATURAN AM MAKMAL KOMPUTER.
1. Jangan bawa masuk makanan dan minuman.
2. Tanggalkan kasut di luar makmal atau di tempat yang disediakan.
3. Daftarkan nama pengguna dalam buku log yang disediakan.
4. Kemasukan pelajar dibawah kawalan guru matapelajaran hendak berpandukan kepada jadual yang ditetapkan atau mengikut tempahan.
5. Guru Matapelajaran mesti mengawasi pelajar-pelajarnya semasa berada di makmal komputer.
6. Jangan “install” sebarang perisian aplikasi ke dalam komputer, kecuali atas arahan KPM/JPNK. Sila minta pandangan daripada Penyelaras IT.
7. Jangan sambung apa-apa peralatan tambahan kepada komputer melainkan dengan kebenaran daripada Pengetua/Penyelaras IT.
8. Jangan ubah-suai “setting” dalam komputer kecuali ada kebenaran daripada Penyelaras IT/ Pengurus Makmal.
9. Jangan bawa keluar sebarang peralatan atau perkakasan dari makmal komputer kecuali ada kebenaran daripada Pengetua.
10. Pengguna dinasihatkan supaya menyimpan data-data mereka di dalam cakera (disket/CD) sendiri.
11. Disket mesti diimbas (scan) terlebih dahulu dalam PC yang dikhaskan sebelum diguna-pakai.
12. Pastikan semua komputer kecuali KEA2181D02107 ditutup sebelum meninggalkan makmal.
13. Sila pastikan pintu makmal komputer sentiasa ditutup.
14. Jangan masuk Bilik Server dan Bilik Stor kecuali ada kebenaran daripada Pengetua/Penyelaras IT.
15. Jangan masuk Bilik Penyelaras/Pengurus Makmal kecuali ada urusan rasmi.
16. Sebarang masalah terutama berkaitan dengan komputer hendaklah dilaporkan segera kepada Pengurus Makmal/Pembantu Makmal.
17. Sila patuhi segala peraturan / perhatian yang diumumkan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan nama anda disenarai-hitam oleh pihak pentadbir sekolah.