Wednesday, October 8, 2008

Sejarah Komputer

Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komputer kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri.

2.0.1 Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah. Contoh : • ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.• ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.• EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann, Mauchly dan Eskert ( 1951 ) • IBM 700 ( 1953 ) • IBM 650 ( 1959 )
5. Kelemahan Komputer Generasi Pertama• Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak serta sukar untuk mengawal suhunya.• Tiub-tiub vakum mudah rosak dan pengguna yang menggunakan komputer tersebut tidak tahu sama ada terdapat kesilapan dalam pengaturcaraan komputer atau kerosakan pada komputer tersebut apabila komputer yang mereka gunakan "seragam".• Bahasa yang digunakan merupakan bahasa mesin (machine language), yang menggunakan rangkaian nombor-nombor yang merupakan arahan-arahan yang diikuti oleh komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas. Disebabkan proses penggunaan nombor untuk menulis atur cara komputer, ini menyukarkan proses pengaturcaraan komputer tersebut.• Ketidaktepatan pemprosesan data dan harganya tinggi.

2.0.2 Generasi Kedua (1959 - 1964)
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.
3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.
4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL. Contoh :a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain. b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000.9. Kelebihan transistor ialah saiznya yang kecil, penggunaan tenaga yang rendah dan kecekapan transistor yang lebih baik jika dibandingkan dengan tiub vakum.

2.0.3 Generasi Ketiga (1964 - 1970)
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal. Contoh : a. IBM 360 ( 1964 )b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 ) c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 90007. Kelebihan Cip IC ialah kos yang rendah dalam pembuatan cip IC tersebut, penggunaan teraga yang rendah, kepadatan cip IC tersebut (mengurangkan masa pengaliran elektrik dalam cip tersebut) dan kecekapan cip IC jika dibandingkan dengan transistor.

2.0.4 Generasi Keempat (1971 -1999)
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory ( CD ROM )).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.Contoh : a. IBM 370 ( 1970 )b. PDP-11 ( 1970 ) c. bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama ialah MITS ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Mozniak dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET. d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik oleh Dan Brickland. e. Super komputer yang popular ialah CRAY I.

2.0.5 Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini)
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan. Contoh : a. Pentium III b. Pentium III Xeon

No comments: