Wednesday, October 8, 2008

Sistem Pengoperasian (Operating System)

Sistem Pengoperasian merupakan perisian sistem yang terpenting bagi setiap komputer. OS adalah satu atau lebih aturcara yang mengurus operasi CPU, mengawal input/output dan sumber storan dan aktiviti komputer serta pelbagai servis sokongan seperti pengurusan memori, ruang cakera dan lain-lain.

Tujuan utama OS ialah untuk memaksimakan produktiviti sistem komputer dengan pengoperasian yang efisyen. OS adalah komponen penting sebagai antaramuka sistem di antara pengguna dan perkakasan komputer.

Fungsi sistem pengoperasian
Melaksanakan fungsi-fungsi perkakasan komputer seperti menerima, menyimpan mendapat data dan memaparkan maklumat

Menyediakan Antaramuka pengguna (User interface)
· membenarkan pengguna mencapai dan mengarah system komputer
· terdapat 3 jenis antaramuka pengguna.
- Pacuan perintah (command-based user interface)
Memerlukan arahan dalam bentuk teks..
- Pacuan menu (Menu driven)
- Antaramuka unit grafik (graphical user interface - GUI)
Kombinasi ikon dan menu untuk menerima dan melaksanakan arahan.

Menyediakan Darjah Kebebasan Perkakasan
· OS menjadi perantara antara perisian aplikasi dan perkakasan.
· Bila perkakasan ditukar, perubahan minimum sahaja atau tanpa perubahan pada perisian aplikasi.

Pengurusan Memori
· Tujuan – Untuk mengawal bagaimana memori dicapai dan memaksimumkan memori yang adan dan storan.

Virtual memory (memori maya)
· Memori yang menggunakan ruang dalam cakera keras yang bertindak sebagaimana memori utama (RAM).
· Pemprosesan aturcara dapat diuruskan dengan lebih cekap.
· Bekerja dengan bahagian-bahagian program antara memori dengan peranti cakera. Konsep ini dinamakan sebagai paging.

Pemprosesan tugas
· Diselesaikan oleh ciri-ciri pengurusan tugas dalam OS
· Membenarkan multitasking, time sharing, dan scalability


Multitasking.
· Beberapa tugas (aturcara atau perisian) dapat dilaksanakan secara serentak.
· Contoh: pengunaan pemprosesan perkataan dan perisian pangkalan data pada masa yang sama.

Time-sharing
· Membenarkan lebih dari satu pengguna menggunakan sistem komputer pada masa yang sama.
· Contoh: Pengunaan terminal di kauter-kaunter bank oleh beberapa juruwang secara serentak.

Multiprocessing
· Penggunaan atau pemprosesan satu aturcara secara serentak oleh beberapa unit CPU.

Multithreading
· Memproses aktiviti pada asas yang sama dengan multitasking tetapi pada aplikasi tunggal.

Scalability
· Keupayaan komputer mengendalikan dan meningkatkan jumlah pengguna dengan licin
· Ciri kritikal untuk kerangka utama dan juga pelayan web yang mengendalikan ramai pengguna

Network capability
· Alatan digunakan untuk hubungkan dengan rangkaian

Capaian kepada sumber sistem
· Menyediakan keselamatan kepada pengguna yang tidak dibenarkan.

Pengurusan fail
· Memastikan fail-fail dalam storan sekunder tersedia bila diperlukan dan melindungi daripada pengguna yang tidak dibenarkan mencapainye.


OS yang popular
Terdapat beberapa jenis sistem pengoperasian dan pemilihannya bergantung kepada jenis pemproses dan jenama sesebuah komputer.
1. Pada masa sekarang terdapat empat jenis sistem pengoperasian yang popular:
Windows - Sistem pengoperasian berasaskan antaramuka grafik yang menjadikan ia lebih cepat dan mudah digunakan.
Bermula dengan Windows 95, Windows menampilkan ciri-ciri menarik seperti antaramuka grafik, penugasan berbilang, multimedia, rangkaian dan lain-lain kelibihan. Versi terkini ialah Windows 2000.
Windows NT – merupakan sistem pengoperasian yang berkuasa, dan membenarkan penugasan berbilang, dan ramai pengguna (multiuser) yang biasanya digunakan sebagai pelayan bagi rangkaian komputer.

UNIX dan LINUX – kedua-duanya adalah sistem pengoperasian platform independent yang canggih dan dipercayai.

Mac OS X – Sistem pengoperasian khusus bagi sistem komputer Macintosh yang menyediakan antaramuka grafik yang baru, dan kemudahan penugasan berbilang dan multimedia yang canggih.

Utility program
o Program yang digunakan untuk mengabungkan dan menyusun himpunan data-data, mengesan track kerja dalam komputer, mampat data dan fail sebelum disimpan atau dihantar menerusi rangkaian dan laksanakan tugas-tugas yang penting.

No comments: