Wednesday, October 8, 2008

Internet

Internet adalah kumpulan atau jaringan dari jaringan komputer yang ada diseluruh dunia. Unit komputer peribadi, pertubuhan, syarikat dan lain-lain disambungkan secara langsung (on-line) dengan menggunakan modem dan perkhidmatan talian telefon .
Dengan adanya internet komputer anda boleh dihubungkan dengan komputer-komputer lain yang disambungkan dengan perkhidmatan internet . Oleh itu dunia ini telah didekatkan kepada anda tanpa mengira batasan masa, ruang, jarak dan undang-undang.

Aplikasi Internet

WWW (World Wide Web) Ia adalah aplikasi paling menarik dan paling utama. Ia dikenali sebagai Laman WEB atau Homepage. Homepage dibuka dengan menggunakan program yang dipanggil Browser.
Melalui Laman WEB anda dapat melihat pelbagai maklumat dalam bentuk data ataupun grafik. Anda boleh mengisi borang dan mengakses maklumat-maklumat tertentu seperti maklumat pilihan raya.
WWW telah berkembang secara eksponelsial. Penggunanya meningkat lebih 50 juta. WWW membolehkan penyebaran dan perkongsian maklumat multimedia dalam beberapa saat sahaja.

E-mail (Electronik Mail) Ia bagaikan perkhidmatan pos elektronik. Anda boleh menghantar surat anda kepada penerima dengan alamat-alamat tertentu diseluruh dunia dalam beberapa saat sahaja dan dengan bayaran yang paling murah sahaja.
Contoh alamat email : elcom98@hotmail.com

Chat Ia adalah suatu ruang dalam internet untuk memungkin kita berbicara secara langsung (on-line). Dalam istilah bahasa Melayu ruang "Sembang-sembang" . Program aplikasi ini disebut IRC iaitu Internet Relay Chat.

File Transfer Protocol (FTP) Ia adalah satu aplikasi di Internet untuk mengambil /muaturun (download) dan meletakkan (upload) suatu fail di FTP server. Dengan ini kita dapat bertukar fail dengan cepat.

Lain-lain Aplikasi Internet

Ping
Digunakan untuk memeriksa pengiriman sekumpulan data

News Group
Ruang untuk forum dan diskusi

Telnet
Digunakan untuk mengakses komputer dan melihat isi komputer lain

Gohper
Aplikasi untuk mencari maklumat di Internet yang berasaskan teks sahaja

No comments: