Wednesday, October 8, 2008

STORAN SEKUNDER

Storan sekunder merupakan peranti untuk menyimpan arahan dan data secara kekal (non-volatile). Di mana arahan dan data yang di simpan tidak akan terhapus apabila suis dimatikan tetapi storan sekunder dikatakan bersifat semipermanent kerana dengan memberi arahan tertentu, arahan dan data di dalamnya boleh dihapuskan. Contoh : Delete. Storan sekunder digunakan untuk menyimpan arahan dan data yang banyak bagi kegunaan akan datang. Oleh sebab itu, storan sekunder diperlukan walaupun komputer sudah mempunyai memori untuk menyimpan data dan arahan.

KEBAIKAN STORAN SEKUNDER
Menjimatkan ruang - data dari fail dan buku yang banyak boleh disimpan dalam ruang storan yang bersaiz kecil dan tidak memerlukan ruang seperti rak yang besar.
Kebolehpercayaan (reliable) -data yang disimpan selamat dari pengguna yang tidak mengetahui tentang komputer atau pengguna yang tidak bertanggungjawab mahupun pengguna yang tidak diberi hak penggunaan.
Mudah dicapai (convenience) - data dan arahan yang disimpan didalam storan boleh dicapai dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa.
Ekonomi - kos storan sekunder lebih jimat berbanding kos untuk membeli rak (kabinet). Storan sekunder lebih ekonomi jika dibandingkan dengan kebaikan iaitu boleh menyimpan dengan muatan yang banyak, keselamatan data yang di simpan dan kemudahan untuk mendapatkan kembali data yang disimpan.

JENIS-JENIS STORAN SEKUNDER
CONTOH
Cakera Magnetik
Hard disk, cakera liut

Pita Magnetik
Katrij, Kaset

Cakera Optikal
CD-ROM (Compact Disk Read Only Memory),
Worm

No comments: