Wednesday, October 8, 2008

INPUT DAN OUTPUT

Input.

Input ialah data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk di proses di mana data akan ditukar ke bentuk isyarat digital supaya boleh difahami oleh komputer (bahasa mesin)[0-1].

Cara kemasukkan data:-
Pemasukkan secara transkriktif - data pada mulanya dimasukkan ke dalam dokumen seperti mengisi borang dan kemudian di masukkan ke dalam komputer oleh manusia. Contoh : papan kekunci (keyboard)
Pemasukkan secara data sumber - data dimasukkan menggunakan peranti input yang boleh membaca secara terus sumber data tersebut. Contoh, data dalam bentuk kod bar pada barangan akan dibaca menggunakan peranti input bar code reader.

Peranti Input - peranti yang digunakan untuk memasukkan data yang hendak diproses dimana input akan ditukar ke bentuk isyarat digital yang difahami oleh komputer.

Kategori Peranti Input :-
Peranti Input Papan Kekunci
Peranti Penunjuk - tetikus, joystick, trackball, skrin sentuh, pena cahaya
Peranti Pengesanan - bar code reader, scanner, peranti OMR, MICR inscriber
Mesin Pembaca Magnetic Stripe Card, Smart cards, dan Optikal Cards - kad kredit, ATM, kad pintar (kad telefon)
Peranti Pengesanan Input Suara - peranti ini dapat menerima percakapan melalui mikrofon dan menukar percakapan manusia ke kod digital untuk diproses oleh komputer.
Peranti Input Audio - merekod bunyi dalam bentuk analog dan menukar ke isyarat digital
Peranti Input Video - ia akan menukar isyarat analog dari VCR cakera video ke bentuk isyarat digital. Contoh, VCD dan CD.
Peranti Input Kamera - mengambil gambar dalam bentuk elektronik untuk tayangan terus kepada monitor
Peranti Input Pengesanan - peranti input akan mengesan data tertentu secara terus dari persekitaran dan menghantarnya ke komputer. Data yang dapat dikesan seperti kelajuan, berat, tekanan, suhu angin dan cahaya.


Output

Output ialah maklumat yang berguna yang akan dikeluarkan oleh komputer hasil dari pemprosesan data yang dikeluarkan dalam bentuk yang difahami oleh manusia, komputer atau peranti lain.

Bentuk output
Salinan Keras (Hard Copy) - iaitu output yang dihasilkan secara kekal dan boleh disimpan. Contoh : cetakan diatas kertas oleh pencetak.
Salinan Lembut (Soft Copy) - ialah output yang dihasilkan secara sementara iaitu ia tidak dapat dikeluarkan jika tiada bekalan elektrik. Contoh : Paparan pada monitor dan output suara.

Peranti output ialah perkakasan yang digunakan untuk mengeluarkan output di mana output dalam bentuk yang komputer fahami akan ditukar ke bentuk yang boleh difahami oleh manusia atau peranti lain. Contoh : monitor, pencetak, COM (computer outputmicroform), peranti output suara, peranti output muzik, pemplot.

No comments: